Mari Beli Buku!

Isnin, 25 Mei 2015

Hikayat Calaqisya oleh Hazwan Faiz

Assalamualaikum,

Entah macam mana boleh terbeli buku ni. Nasib baik menepati expectation.

Hikayat Cala Qisya. Itulah nama kepada buku tulisan Hazwan Faiz, (owner ke founder ke co-founder ke, x berapa sure). Seiring dengan kepopularan Cala Qisya di masa kini, buku ni pun turut dapat tempiasnya. Saya rasa target audience mereka pastilah orang yang baru nak mula bisnes secara kecil-kecilan. Untuk yang baru nak bermula, kita takleh sombong. Apa jua bentuk nasihat dan perkongsian pengalaman, tak rugi untuk kita dengar/baca. 




Buku ini ditulis dengan gaya yang amat rileks dan santai. Bagus juga, dapatlah mengelakkan kita daripada tertidur ketika membaca. Saya akui, saya ada juga ketawa berdekah-dekah dan sikit2 nak share part yg kelakor tu kat husband supaya dia pun gelak jugak. Tapi...husband sy cuma sengih atau angguk je. Mungkin tak cukup kelakar bagi kaum lelaki kot. Kui3.

Banyak pengalaman berharga yang dikongsi bersama dalam buku ni. Kagum saya dengan mereka ni sebab dah berjaya berbisnes dalam usia muda. Saya terfikir, kenapala masa muda-muda macam diorang ni dulu tak terlintas langsung nak berniaga? 

Nama Cala Qisya memang dah tak asing lagi sekarang ni dan dah ala-ala menjadi household names dah. Kejayaan anak-anak Melayu ini memang harus dibanggakan. Semoga mereka terus berjaya dengan menjalankan perniagaan di landasan yang betul, menghasilkan rangkaian fesyen yang besar tidak hanya meliputi pakaian dan tudung untuk golongan muda sahaja (sy notice yang kebanyakan pakaian rekaan mereka lebih sesuai untuk yang muda atau 'perasan muda').

Terus-terang pada mulanya saya merasakan jubah-jubah dan blouse mereka memang menarik tetapi tidak sesuai dipakai oleh sesetengah golongan. Bercakap tentang ini, mujur saya pergi sendiri ke butik instead of shop online seperti kebiasaan. 

Saya ke butik sebenarnya sebab nak tengok dan cuba sendiri kasut Calashoes mereka yg tengah top tu. Saya memang jenis takboleh beli kasut/selipar online. Tak pernah cuba pun. Jadinya lepas try2 kasut dan nak bayar, saya cuba jugakla jubah dan blouse. Mereka hanya mengeluarkan 2 jenis sizing iaitu S/M dan L/XL. Saya agak pelik juga dengan perkara ni. Sebab obviously, badan saya tak sesuai dengan kedua-dua size. Bila pakai S/M, jadi ketat di lengan dan ketiak walaupun bahu ok. Bila try L/XL pula, bahu jatuh sedangkan lengan dan ketiak ok selesa. Saya dapati perkara ni amatlah mengecewakan. Mengapakah mereka tidak menyediakan baju yang sesuai untuk size badan saya?

Yang kedua, saya tak berapa berpuas hati bila saya tanya, berapa measurement untuk bahu baju size S/M ni? Atau L/XL ni? Adik Salesgirl tu kate..."Tak tahula kak..". 

Saya takdela berapa ingat akan measurement yang diorang post kat FB/website/IG. Sebab ini pun pertama kali nak beli kan. Memang tak ingat lah. Saya cuba cari kot2 ade tampal measurement guide kat dinding ke, tapi takde. Atau kot2 adik salesgirl tu nak tolong cari kat hp dia ke, or bukak website time2 tu ke....tp takde. So, agak hampa la di situ. 

Lepas tu, sekarang mereka galak membuat baju daripada material Moss Crepe, which is ok for me. Sebab katenye tak perlu iron dan tak melekat di badan. Tapi hakikatnya, ia melekat di badan ok! Dan agak panas sekiranya dipakai pada hari yang panas. Kalau duduk dalam pejabat berhawa dingin memang tak panas la. Dan yang paling tak puas hati, kenapa design jubah perlu buat yg style drapey effect? Kalau dipakai oleh patung yang berdiri tegak tak kemana-mana, mungkin cantik la.Tapi cuba kalian tengok manusia biasa yang berketinggian 150cm +/-, badan biasa-biasa tak kurus tak gemuk, berjalan dengan ditiup angin dari depan atau dari belakang? Nah..bayangkan. Saya dah pernah tengok situasi ni sebab banyak rakan-rakan office saya yang mengagung-agungkan jubah-jubah ini. Dan pendapat saya? hmmm.....let's just say i dont dare wear it after seeing it...

Ini hanya pendapat peribadi saya. Mungkin yang lain ada pendapat dan pemandangan yang lain daripada saya. Kesimpulannya, saya hanya sukakan rangkaian kasut CalaShoes berbanding jubah dan blouse CalaQisya.


Berbalik kepada review terhadap buku tulisan owner CalaQisya ni.... buku ini bagus, saya suka, sangat berguna, sangat menginsafkan dan sangat menghiburkan. Harapan saya, CalaQisya dapat memperbaiki mana-mana kekurangan dan seterusnya jadi jenama kegemaran paling top di Malaysia.

Rating : 4/5.




Jumaat, 22 Mei 2015

UPDATED - SOLD! Siri Preloved 3 - Lawa-lawa Maxi Skirt in Pastel Pink + Green

Bought at FashionValet for RM75. Willing to sell at RM50. Warna lebih kurang sama dengan gambar di bawah, cuma part warna orange tu sbnrnya warna pastel pink. Baru pakai sekali dan dah basuh.



Beautiful pastel pieces from Lawa-Lawa for any occasions or every day wear!
This skirt has been crafted from chiffon. Details include maxi length, A-line cut, fitted waistband, pastel coloured panels and flared. This skirt is fully lined.
Pair this skirt with any of your favourite top for any occasion!
Model is wearing Free Size
Model is 172 cm tall
Material: Chiffon

Kenapa nak let go? Sebab tak matching dengan baju yang dah ada dan nak dipairkan dengan skirt ni. He he he. Mengade btul alasan.
Serious buyer boleh WhatsApp 0173862400 untuk kita berurusan.



Updated: SOLD! - Siri Preloved 2 - Poplook Avery Lace Sleeves Blouse in Mustard

Peh...panjangnye nama! Ok untuk siri preloved kali ini saya bawakan sehelai blouse daripada Poplook. Tak pernah pakai lagi, tak pernah basuh. Tapi tag dah xde la. Condition memang tiptop.





Color : Mustard
Size : XL
Original Price : RM74
Letting go at price : RM70

Kenapa nak let go? Sebab saya terbeli saiz besar. Sbenarnya b4 tu dh beli kids punya untuk anak. Tapi yang dewasa nyer dah abis stok. So saya tunggu la dia restok. Punya lama tunggu, bila dah ada cepat je sold out. Tinggal XL je. Nak taknak beli gak sebab nak sedondon dengan anak punya pasal. Mase tu saya fikir, ah aku pun tidaklah sekurus mana, ok je kot beli XL.. sekali bila sampai...sebenarnya memanglah ok, tapi labuh tang tangan pastu bahu jatuh sket la. Trus rase x syok nak pakai.

Jadi daripada terbiar je baiklah saya jual. Sape2 berminat bolehlah WhatsApp 0173862400 untuk kita berurusan.

Ini gambar keadaan sebenar.  Tudung adalah koleksi AmnaShawls yang awesome.

Rabu, 20 Mei 2015

Maaf Cakap oleh Norden Mohamed

Buku ini dibeli ketika MQA buat Pesta Buku dan MPH datang membawa buku-buku 
mereka untuk dijual. Kitorang dapat kupon daripada MQA masa tu, so harga total pembelian jadi murah la. Masa tu tak ada pilihan sangat. Banyak buku self-help. Saya ni memang la bukan peminat buku-buku begitu. Tapi semata-mata nak gunakan kupon, 
maka saya beli jugak la. 


Turns out, buku ni tak mengecewakan! Sangat sesuai untuk orang yang mudah mengantuk bila baca buku-buku motivasi macam HM Tuah Iskandar (hehehe...)

Gaya bahasa dia ringkas. Tapi mengetuk tepat ke kepala. Kadang-kadang tersipu-sipu
saya sebab sindirannya yang sinis lagi pedas. Memang betul lah description buku
ni, Nasihat Segar Agar Kita Sedar.

Penulis buku ni merupakan Editor dan Kolumnis Sinar Harian. Yang jadi bestnya ialah, beliau bukan sahaja bercerita dari sudut pandangan seorang yang bekerja dalam penerbitan, malah beliau juga bercerita dari sudut pandangan seorang ayah, seorang rakan, seorang bos, seorang pesaing dan sebagainya.

Saya kagum dan suka dengan tulisannya yang cuba buat kita berfikir dari sudut lain terhadap satu-satu kejadian atau musibah. Punyalah efektif buku ni sampai saya letak di tepi katil untuk dibaca ketika bosan. Kadangkala saya ternampak suami saya baca buku ni.
Baguslah. Bukan senang nak tengok dia membaca selain suratkhabar, blog-blog sukan, politik dan ketenteraan.

Saya dengar, dah keluar buku Maaf Cakap 2. Saya tak sabar nak beli. Orang macam saya memang perlukan nasihat-nasihat pedas daripada En. Norden.


Rating :  5/5.


UPDATED - SOLD! Siri Preloved 1 - Laxine by Neng Geulis

Assalamualaikum,

Saya ada sehelai Instant Shawl (semi instant dan perlu lilit) untuk dijual. 

Dibeli secara online dari Neng Geulis Hijab yang modelnya adalah selebriti Raisyah Rania (Felixia Yeap).

Harga ketika dibeli adalah RM79. Saya sudi untuk menjualnya dengan harga RM45. Postage RM7.

Ada la dalam 5-6 kali pakai dan beberapa kali basuh...tetapi masih dalam keadaan baik, tidak koyak, tidak ada apa-apa defect, tidak luntur, tidak tetas, tidak terbakar dek iron dan secara umumnya, keadaannya masih sama seperti mula-mula dibeli. Cuma dah tak ada bau kedai la.

Warna Dark Blue (chiffon) with Grey Inner (Cotton). Lebih kurang macam kat bawah ni. Tapi the other way around la...inner grey n shawlnya dark blue. Source from Neng Geulis. Tapi saya heran kenapa dah tak ada shawl Laxine kat website skrg? Dah discontinue ke ape? 



Reason nak jual : 

1) Saya tak pandai nak kemudikan shawl nih...walaupun katanya instant, tapi agak lama juga saya bersiap depan cermin tapi tak siap-siap...hew2..

2)  Saya rasa shawl ni tak sesuai dengan muka saya. Apesal orang lain pakai cantik je? Ni nak marah ni. Serius jeles tengok orang-orang dalam grup fb pakai kemain cantik dengan mcm2 stail, juntai sana, tarik sini, berkibar sana, berkibar sini. Agak lama juga saya berada dalam state of denial...dan cuba menyelidiki tutorial pemakaiannya di internet...namun akhirnya saya akur. Saya memang takde tokoh untuk menjadi secantik Raisyah Rania.

Sesiapa yang berminat (Serious buyer only) boleh lah WhatsApp saya di 017-3862400 untuk kita berurusan.


Selasa, 19 Mei 2015

Diagnosis 2 oleh Sekumpulan Doktor (malas nak tulis nama sorang,sorang)

Ini adalah cerita-cerita pendek yang dihasilkan oleh sekumpulan doktor 
yang mungkin juga merupakan suami isteri atau bakal menjadi suami isteri. 
Sebenarnya saya tak begitu minat nak baca cerita pendek atau cerpen. 

Tapi disebabkan populariti buku ini yang berlebih-lebihan, mungkin juga 
disebabkan rasa ingin tahu macam mana bila doktor berkarya, maka disebabkan 
itu saya membeli buku ini, di Pesta Buku Bookerville di PICC pada tahun 2015.



Gambar diambil dari sini Gambar Diagnosis 2



Secara ringkasnya, hanya tulisan seorang penulis sahaja yang menarik minat saya, 
iaitu Dr. Azah. Saya tertarik dengan gaya bahasa dan watak utama yang dia 
tonjolkan iaitu Dr. Ayesha. Yang lain hanya so-so, dan towards the end saya tiba-tiba jadi bored dan malas nak baca lagi. Mungkin sebab keletihan membaca selepas balik kerja
dengan diiringi suara jerit pekik anak-anak yang bermain di sekeliling saya. 
Atau mungkin juga kerana jalan ceritanya dah dapat diduga. Ada sesetengahnya yang mengecewakan, kerana menulis terlalu pendek. Mesejnya memang sampai dan saya terkesan. Tapi rasanya kalau nak tulis sependek itu lebih baik tulis di Facebook Wall sahaja atau blog peribadi. Bila bercakap tentang blog, ya ada juga yang menulis dengan gaya penulisan blog. Itu memang tak dapat dinafikan kerana kebanyakan mereka ini memang penulis blog pun.

Tapi, dengan harga yang saya bayar untuk buku ni, saya memang mengharapkan yang 
lebih lagi. Maybe...tell us something we don't know. Walaupun saya bukan doktor, tapi
kebanyakan jalan cerita dalam buku ni dapat ditelah dari awal. Yelah zaman sekarang
ada banyak tv series yang memaparkan kehebatan dan betapa hectic nya life seorang
doktor. Dilema diorang untuk proceed to do something.. dilema menyeimbangkan work life balance, emotional struggle, tanggapan stereotaip masyarakat terhadap doktor yang
nampak muda , etc..etc...semua tu dah dapat expect dah.

Cer kome (tetibe jd org perak) tulis sesuatu yang kitorang tak dapat kat tv boleh tak?
Cite la lebih mendalam pasal kajian yang pernah korang buat..atau berangan nak buat ke.
Kan namanya fiksyen, so berimaginasi la sket. Cipta la konon-konon ada satu plague yang
melanda...peranan korang sebagai orang paling tinggi IQ untuk mencipta antidote ke ape
ke. Tak pun buat la cite kot2 korang kene bedah alien ke (bedah orang dah biasa tgk kat tv). Korang akhirnya dapat cure for cancer tapi ada pihak tak bertanggungjawab menangguk di air yang keruh gi cipta sebuah penyakit yang lebih teruk drpd cancer ke. Pegi mengubati orang sakit kat angkasa lepas ke...eh2 macam melampau je expectation saya ni.


Rating : 2 out of 5