Mari Beli Buku!

Selasa, 19 Mei 2015

Diagnosis 2 oleh Sekumpulan Doktor (malas nak tulis nama sorang,sorang)

Ini adalah cerita-cerita pendek yang dihasilkan oleh sekumpulan doktor 
yang mungkin juga merupakan suami isteri atau bakal menjadi suami isteri. 
Sebenarnya saya tak begitu minat nak baca cerita pendek atau cerpen. 

Tapi disebabkan populariti buku ini yang berlebih-lebihan, mungkin juga 
disebabkan rasa ingin tahu macam mana bila doktor berkarya, maka disebabkan 
itu saya membeli buku ini, di Pesta Buku Bookerville di PICC pada tahun 2015.



Gambar diambil dari sini Gambar Diagnosis 2



Secara ringkasnya, hanya tulisan seorang penulis sahaja yang menarik minat saya, 
iaitu Dr. Azah. Saya tertarik dengan gaya bahasa dan watak utama yang dia 
tonjolkan iaitu Dr. Ayesha. Yang lain hanya so-so, dan towards the end saya tiba-tiba jadi bored dan malas nak baca lagi. Mungkin sebab keletihan membaca selepas balik kerja
dengan diiringi suara jerit pekik anak-anak yang bermain di sekeliling saya. 
Atau mungkin juga kerana jalan ceritanya dah dapat diduga. Ada sesetengahnya yang mengecewakan, kerana menulis terlalu pendek. Mesejnya memang sampai dan saya terkesan. Tapi rasanya kalau nak tulis sependek itu lebih baik tulis di Facebook Wall sahaja atau blog peribadi. Bila bercakap tentang blog, ya ada juga yang menulis dengan gaya penulisan blog. Itu memang tak dapat dinafikan kerana kebanyakan mereka ini memang penulis blog pun.

Tapi, dengan harga yang saya bayar untuk buku ni, saya memang mengharapkan yang 
lebih lagi. Maybe...tell us something we don't know. Walaupun saya bukan doktor, tapi
kebanyakan jalan cerita dalam buku ni dapat ditelah dari awal. Yelah zaman sekarang
ada banyak tv series yang memaparkan kehebatan dan betapa hectic nya life seorang
doktor. Dilema diorang untuk proceed to do something.. dilema menyeimbangkan work life balance, emotional struggle, tanggapan stereotaip masyarakat terhadap doktor yang
nampak muda , etc..etc...semua tu dah dapat expect dah.

Cer kome (tetibe jd org perak) tulis sesuatu yang kitorang tak dapat kat tv boleh tak?
Cite la lebih mendalam pasal kajian yang pernah korang buat..atau berangan nak buat ke.
Kan namanya fiksyen, so berimaginasi la sket. Cipta la konon-konon ada satu plague yang
melanda...peranan korang sebagai orang paling tinggi IQ untuk mencipta antidote ke ape
ke. Tak pun buat la cite kot2 korang kene bedah alien ke (bedah orang dah biasa tgk kat tv). Korang akhirnya dapat cure for cancer tapi ada pihak tak bertanggungjawab menangguk di air yang keruh gi cipta sebuah penyakit yang lebih teruk drpd cancer ke. Pegi mengubati orang sakit kat angkasa lepas ke...eh2 macam melampau je expectation saya ni.


Rating : 2 out of 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan