Mari Beli Buku!

Isnin, 25 Mei 2015

Hikayat Calaqisya oleh Hazwan Faiz

Assalamualaikum,

Entah macam mana boleh terbeli buku ni. Nasib baik menepati expectation.

Hikayat Cala Qisya. Itulah nama kepada buku tulisan Hazwan Faiz, (owner ke founder ke co-founder ke, x berapa sure). Seiring dengan kepopularan Cala Qisya di masa kini, buku ni pun turut dapat tempiasnya. Saya rasa target audience mereka pastilah orang yang baru nak mula bisnes secara kecil-kecilan. Untuk yang baru nak bermula, kita takleh sombong. Apa jua bentuk nasihat dan perkongsian pengalaman, tak rugi untuk kita dengar/baca. 




Buku ini ditulis dengan gaya yang amat rileks dan santai. Bagus juga, dapatlah mengelakkan kita daripada tertidur ketika membaca. Saya akui, saya ada juga ketawa berdekah-dekah dan sikit2 nak share part yg kelakor tu kat husband supaya dia pun gelak jugak. Tapi...husband sy cuma sengih atau angguk je. Mungkin tak cukup kelakar bagi kaum lelaki kot. Kui3.

Banyak pengalaman berharga yang dikongsi bersama dalam buku ni. Kagum saya dengan mereka ni sebab dah berjaya berbisnes dalam usia muda. Saya terfikir, kenapala masa muda-muda macam diorang ni dulu tak terlintas langsung nak berniaga? 

Nama Cala Qisya memang dah tak asing lagi sekarang ni dan dah ala-ala menjadi household names dah. Kejayaan anak-anak Melayu ini memang harus dibanggakan. Semoga mereka terus berjaya dengan menjalankan perniagaan di landasan yang betul, menghasilkan rangkaian fesyen yang besar tidak hanya meliputi pakaian dan tudung untuk golongan muda sahaja (sy notice yang kebanyakan pakaian rekaan mereka lebih sesuai untuk yang muda atau 'perasan muda').

Terus-terang pada mulanya saya merasakan jubah-jubah dan blouse mereka memang menarik tetapi tidak sesuai dipakai oleh sesetengah golongan. Bercakap tentang ini, mujur saya pergi sendiri ke butik instead of shop online seperti kebiasaan. 

Saya ke butik sebenarnya sebab nak tengok dan cuba sendiri kasut Calashoes mereka yg tengah top tu. Saya memang jenis takboleh beli kasut/selipar online. Tak pernah cuba pun. Jadinya lepas try2 kasut dan nak bayar, saya cuba jugakla jubah dan blouse. Mereka hanya mengeluarkan 2 jenis sizing iaitu S/M dan L/XL. Saya agak pelik juga dengan perkara ni. Sebab obviously, badan saya tak sesuai dengan kedua-dua size. Bila pakai S/M, jadi ketat di lengan dan ketiak walaupun bahu ok. Bila try L/XL pula, bahu jatuh sedangkan lengan dan ketiak ok selesa. Saya dapati perkara ni amatlah mengecewakan. Mengapakah mereka tidak menyediakan baju yang sesuai untuk size badan saya?

Yang kedua, saya tak berapa berpuas hati bila saya tanya, berapa measurement untuk bahu baju size S/M ni? Atau L/XL ni? Adik Salesgirl tu kate..."Tak tahula kak..". 

Saya takdela berapa ingat akan measurement yang diorang post kat FB/website/IG. Sebab ini pun pertama kali nak beli kan. Memang tak ingat lah. Saya cuba cari kot2 ade tampal measurement guide kat dinding ke, tapi takde. Atau kot2 adik salesgirl tu nak tolong cari kat hp dia ke, or bukak website time2 tu ke....tp takde. So, agak hampa la di situ. 

Lepas tu, sekarang mereka galak membuat baju daripada material Moss Crepe, which is ok for me. Sebab katenye tak perlu iron dan tak melekat di badan. Tapi hakikatnya, ia melekat di badan ok! Dan agak panas sekiranya dipakai pada hari yang panas. Kalau duduk dalam pejabat berhawa dingin memang tak panas la. Dan yang paling tak puas hati, kenapa design jubah perlu buat yg style drapey effect? Kalau dipakai oleh patung yang berdiri tegak tak kemana-mana, mungkin cantik la.Tapi cuba kalian tengok manusia biasa yang berketinggian 150cm +/-, badan biasa-biasa tak kurus tak gemuk, berjalan dengan ditiup angin dari depan atau dari belakang? Nah..bayangkan. Saya dah pernah tengok situasi ni sebab banyak rakan-rakan office saya yang mengagung-agungkan jubah-jubah ini. Dan pendapat saya? hmmm.....let's just say i dont dare wear it after seeing it...

Ini hanya pendapat peribadi saya. Mungkin yang lain ada pendapat dan pemandangan yang lain daripada saya. Kesimpulannya, saya hanya sukakan rangkaian kasut CalaShoes berbanding jubah dan blouse CalaQisya.


Berbalik kepada review terhadap buku tulisan owner CalaQisya ni.... buku ini bagus, saya suka, sangat berguna, sangat menginsafkan dan sangat menghiburkan. Harapan saya, CalaQisya dapat memperbaiki mana-mana kekurangan dan seterusnya jadi jenama kegemaran paling top di Malaysia.

Rating : 4/5.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan