Mari Beli Buku!

Rabu, 20 Mei 2015

Maaf Cakap oleh Norden Mohamed

Buku ini dibeli ketika MQA buat Pesta Buku dan MPH datang membawa buku-buku 
mereka untuk dijual. Kitorang dapat kupon daripada MQA masa tu, so harga total pembelian jadi murah la. Masa tu tak ada pilihan sangat. Banyak buku self-help. Saya ni memang la bukan peminat buku-buku begitu. Tapi semata-mata nak gunakan kupon, 
maka saya beli jugak la. 


Turns out, buku ni tak mengecewakan! Sangat sesuai untuk orang yang mudah mengantuk bila baca buku-buku motivasi macam HM Tuah Iskandar (hehehe...)

Gaya bahasa dia ringkas. Tapi mengetuk tepat ke kepala. Kadang-kadang tersipu-sipu
saya sebab sindirannya yang sinis lagi pedas. Memang betul lah description buku
ni, Nasihat Segar Agar Kita Sedar.

Penulis buku ni merupakan Editor dan Kolumnis Sinar Harian. Yang jadi bestnya ialah, beliau bukan sahaja bercerita dari sudut pandangan seorang yang bekerja dalam penerbitan, malah beliau juga bercerita dari sudut pandangan seorang ayah, seorang rakan, seorang bos, seorang pesaing dan sebagainya.

Saya kagum dan suka dengan tulisannya yang cuba buat kita berfikir dari sudut lain terhadap satu-satu kejadian atau musibah. Punyalah efektif buku ni sampai saya letak di tepi katil untuk dibaca ketika bosan. Kadangkala saya ternampak suami saya baca buku ni.
Baguslah. Bukan senang nak tengok dia membaca selain suratkhabar, blog-blog sukan, politik dan ketenteraan.

Saya dengar, dah keluar buku Maaf Cakap 2. Saya tak sabar nak beli. Orang macam saya memang perlukan nasihat-nasihat pedas daripada En. Norden.


Rating :  5/5.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan