Siapa yang tak pernah pergi vendor boutique, angkat tangan! Haha.. memang tak logik la zaman sekarang ni korang tak jejakkan kaki kat walaupun 1 vendor boutique pun kan?
Butik-butik berkonsepkan vendor (menjual pakaian/hijab/produk-produk kecantikan dan kesihatan/kosmetik yang dibekalkan oleh ramai pembekal/jenama) ni juga kebanyakannya ada masukkan unsur kafe jugak! Sgt convenient bagi shoppers yang nak spend berjam-jam menyoping and bila lapar takyah cari kedai makan. Terus order and makanlah kat situ!
Tp biasanya makanan yg dijual terdiri daripada coffee, soft drinks, dan dessert. Ala-ala makan tapi tak bersungguh la...setakat nak lapik perut. Or kalau tgk lifestyle muda-mudi zaman sekarang, hang out n lepak dgn kwn2 smbil coffee session, lepas penat bershopping.
Bangi Sentral merupakan satu lubuk yang padat dengan vendor boutique yang tak boleh nak dibilang dengan jari. Kalo korang tengok address kebanyakan butik2 online yg fofuler skrg, percayalah, kebanyakannya mesti beralamat di Bangi Sentral, kalau bukan Shah Alam. Aku, biasalah.. sebagai penduduk Putrajaya, haruslah menerjah Bangi...ape ke gila nak drive jauh2 ke Shah Alam?
1 butik yang aku baru discover menempatkan pelbagai baju yang best2 ialah Monsterdeal. Rasenye ni dah kali ketiga kot pegi sana. Bagi aku, kalau blouse tu labuh, kain jenis tak melekat kat badan, ringan and cutting tak menampakkan kegemukan, warna yang pelbagai, and tak payah iron, harga plak tak sampai RM60, memang itu dah kira best. Terbaik org kate. Tak pikir panjang dah trus beli. Setakat ni memang blouse jela yang aku dah beli. Bende-bende lain tak pernah lagi datang nafsu nak beli. Oh, baru teringat, Monsterdeal ada jual buku-buku Dubook gak, hari tu igt nak beli tp mcm dah over budget yang aku dah set sebelum keluar rumah lagi. So aku just bid goodbye kat buku tu sambil berkate, "Next time ye.." Hehe..
Oh..oh...lagi satu...Monsterdeal ni suka beno promote KopiMonster diorang tu...so aritu aku terpengaruh la nak beli Kopi Green Tea dia. Hmm...malangnya not much to my liking la. Rasenye lebih kepada 'tea' berbanding 'coffee'. Ke dia memang tea dan bukan coffee? Yang pasti, kafe dia ni selalu penuh...kalau bukan pekerja2 dan pemilik2 butik area sana yang pegi, ada student2 yg byk free time dan byk duit yg dtg. Maksudnya, Monsterdeal ni memang ada keunikan dan kelebihannya yang tersendiri, yang menyebabkan ramaiii je org datang.
Aku memang akan pergi lagi kalau ada rezeki. Bangi Sentral is my favourite place now..:P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan