Mari Beli Buku!

Selasa, 12 Januari 2016

Sycamore Row by John Grisham


Sycamore Row oleh John Grisham

Masanya dah tiba untuk review buku ni.

Saya tiba-tiba rasa kena beli buku. Saya memang macam ni...kalau dalam sebulan dua tak beli buku (novel) baru...mesti rasa ada yang tak kena. Tapi nak ke Amcorp Mall dah jauh dah sekarang ni banding dengan dulu. Sejak jalan sekitar PJ dah jadi sehala dan dah tukar-tukar halanya, perjalanan dari ofis saya ke Amcorp Mall dah jadi susah. Nak dapat teksi ke sana pun susah. Kalau dapat teksi pun kena lalu Federal yang pasti la akan melambatkan masa perjalanan. Naik kereta sendiri memang tak la...parking fee kat Amcorp mahal gila kot...tak berbaloi. Jadi saya selalu pilih untuk jalan kaki kalau rajin dan kalau hari Jumaat lah. 

Tapi...sekarang pun dah malas jalan kaki sebab kawan nak jalan kaki pun dah takde...(sobss)...dulu selalu jalan dengan Kak Mimi..yang sekarang dah bersara pilihan. Huk huk..

Tiba-tiba tergerak hati nak buka website BookXcess. Saje nak browse-browse tajuk apa yang terbaru dulu sebelum membuat perjalanan kaki. Ehh..rupa-rupanya dah boleh beli online? Wah! Ini sangat best! So saya pun belek-belek dan pilih buku mana yang berkenan.

Rambang mata tu perkara biasa. Tu pasal kalau pergi ke kedai tu sendiri...lenguh kaki berdiri ni sebab membelek dan nak pilih pun susah...sebab semua murah! Hihi...Ikutkan tamak haloba memang nak beli 10 buah buku sekaligus. tapi sebab masa tu belum gaji...so terpaksa la limitkan pada 2 je.

Ini antara yang saya shorlistedkan:


And the Mountains Echoed oleh Khaled Hosseini


Sycamore Row oleh John Grisham


Reasons She Goes to the Woods oleh Deborah Kay Davies

Akhirnya saya memilih untuk tidak membeli buku Khaled Hosseini. Huwaaa...sebenarnya susah juga nak buat keputusan. Tak apa bulan depan lah beli..hihi..

So...kenapa pilih 2 buku yang berkenaan? Saya pilih Sycamore Row sebab buku tu sequel kepada novel John Grisham yang saya pernah baca sebelum ni dan novel tersebut memang memberi kesan yang mendalam kepada saya. Ceritanya berkisar tentang racism antara orang kulit putih dan hitam di Amerika dalam latar tahun 80'an. Sycamore Row mengisahkan tentang seorang lelaki kulit putih bernama Seth Hubbard yang mati dengan meninggalkan harta pusakanya kepada pembantu rumahnya bernama Lettie Lang yang daripada kaum kulit hitam. Hero cerita ni, Jake Brigance pula berperanan sebagai peguam untuk execute wasiat tersebut dan pastilah banyak tentang yang dihadapi sebab anak-anak mendiang dinafikan terus hak mereka untuk mewarisi harta. Dengan konflik antara kaum yang merupakan topik sensitif pada zaman tersebut, banyaklah drama dan peristiwa yang mengancam nyawa berlaku. Secara dasarnya novel ni menceritakan kesukaran yang dihadapi untuk memastikan semua orang gembira. Dan yang menjadi misterinya, kenapa Seth Hubbard ambil keputusan yang drastik sebegitu? Apa sebenarnya hubungan dia dengan pembantu rumah dia? Adakah dia gila? Haha...oleh kerana takzabar nak tau motif dia, saya melompat ke halaman yang belakang-belakang untuk mengetahuinya. Yelah, saya cukup malas nak baca part jury selection process. Saya tak berapa minat nak bace...sama macam A Time to Kill dulu. Saya skip je part jury.

Pendapat peribadi saya berkenaan Sycamore Row...hmmm... biasa-biasa aje jika nak dibandingkan dengan A Time to Kill..

Ok untuk buku kedua..Reasons She Goes to the Woods. Saya agak lambat sikit mula membaca buku ni. Bukan apa...bila buka mukasurat pertama...alahai...dia bahagikan seluruh novel ni kepada chapter-chapter pendek untuk setiap halaman. Maknanya....satu halaman satu chapter. Adeh...ni dah kenapa...mungkin orang lain boleh baca macam biasa tapi saya tak berapa nak feel membacanya. Ceritanya mengisahkan seorang kanak-kanak yang bermasalah. Mental problem kot tapi dari gaya penceritaannya seolah-olah dia tak sedar dia mental. Mungkin penyakit dia diwarisi daripada ibu dia sebab ada chapter yang menceritakan perihal kelakukan ibunya yang pelik seperti sengaja mensuffocate anak bongsu dia. Yang kanak-kanak ni pulak suka benar membuli dan menyeksa kawan-kawan dia. Dan yang paling tak best ialah kanak-kanak ni seolah-olah menyalahtafsirkan kasih sayang bapanya kepadanya seperti kasih sayang antara kekasih.. Adehh...macam-macam la kisah masyarakat omputeh nih.. Pendapat peribadi saya...saya tak suka buku nih. Mungkin saya akan jual atau derma kat mana-mana nanti.


:: Buku Terbaik dengan Harga Diskaun::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan