Mari Beli Buku!

Isnin, 4 Januari 2016

ATKINS FRIENDLY RECIPE - Tuna Patties

Another Atkins recipe that I've tried few times. Still loving how simple it is and how delicious it smells...hmmm!! Hahaha.. check the recipe out. I might have seen it from blogs somewhere but tweaked a little here and there according to what I have in the fridge at the moment.


ATKINS Tuna Patties

Ingredients:
A can of tuna (i opted for tuna chunks in water or olive oil), drain the water and oil.
1 egg
Onions, sliced and diced
White pepper
Coriander leaves or spring onions, chopped
Salt to taste
Butter


Method:
Mash all the tuna chunks and combine with egg and onions. Stir everything well in a bowl. Add in the pepper, salt and the leaves according to your taste. Form a small ball in your palm, making sure that they stick together. Flatten the ball a bit, again, according to your preference because some might love thin patty and some might like it thick. Place the patties on a non-stick pan with a little bit of melted butter. Cook until brown and then flip it over and cook the other side.

Serve with lettuce, cherry tomatoes, and kewpie mayo.



Jumaat, 2 Oktober 2015

Review Vendor Boutique - Monsterdeal!

Siapa yang tak pernah pergi vendor boutique, angkat tangan! Haha.. memang tak logik la zaman sekarang ni korang tak jejakkan kaki kat walaupun 1 vendor boutique pun kan?

Butik-butik berkonsepkan vendor (menjual pakaian/hijab/produk-produk kecantikan dan kesihatan/kosmetik yang dibekalkan oleh ramai pembekal/jenama) ni juga kebanyakannya ada masukkan unsur kafe jugak! Sgt convenient bagi shoppers yang nak spend berjam-jam menyoping and bila lapar takyah cari kedai makan. Terus order and makanlah kat situ!

Tp biasanya makanan yg dijual terdiri daripada coffee, soft drinks, dan dessert. Ala-ala makan tapi tak bersungguh la...setakat nak lapik perut. Or kalau tgk lifestyle muda-mudi zaman sekarang, hang out n lepak dgn kwn2 smbil coffee session, lepas penat bershopping.

Bangi Sentral merupakan satu lubuk yang padat dengan vendor boutique yang tak boleh nak dibilang dengan jari. Kalo korang tengok address kebanyakan butik2 online yg fofuler skrg, percayalah, kebanyakannya mesti beralamat di Bangi Sentral, kalau bukan Shah Alam. Aku, biasalah.. sebagai penduduk Putrajaya, haruslah menerjah Bangi...ape ke gila nak drive jauh2 ke Shah Alam?

1 butik yang aku baru discover menempatkan pelbagai baju yang best2 ialah Monsterdeal. Rasenye ni dah kali ketiga kot pegi sana. Bagi aku, kalau blouse tu labuh, kain jenis tak melekat kat badan, ringan and cutting tak menampakkan kegemukan, warna yang pelbagai, and tak payah iron, harga plak tak sampai RM60, memang itu dah kira best. Terbaik org kate. Tak pikir panjang dah trus beli. Setakat ni memang blouse jela yang aku dah beli. Bende-bende lain tak pernah lagi datang nafsu nak beli. Oh, baru teringat, Monsterdeal ada jual buku-buku Dubook gak, hari tu igt nak beli tp mcm dah over budget yang aku dah set sebelum keluar rumah lagi. So aku just bid goodbye kat buku tu sambil berkate, "Next time ye.." Hehe..

Oh..oh...lagi satu...Monsterdeal ni suka beno promote KopiMonster diorang tu...so aritu aku terpengaruh la nak beli Kopi Green Tea dia. Hmm...malangnya not much to my liking la. Rasenye lebih kepada 'tea' berbanding 'coffee'. Ke dia memang tea dan bukan coffee?  Yang pasti, kafe dia ni selalu penuh...kalau bukan pekerja2 dan pemilik2 butik area sana yang pegi, ada student2 yg byk free time dan byk duit yg dtg. Maksudnya, Monsterdeal ni memang ada keunikan dan kelebihannya yang tersendiri, yang menyebabkan ramaiii je org datang.

Aku memang akan pergi lagi kalau ada rezeki. Bangi Sentral is my favourite place now..:P

Isnin, 25 Mei 2015

Hikayat Calaqisya oleh Hazwan Faiz

Assalamualaikum,

Entah macam mana boleh terbeli buku ni. Nasib baik menepati expectation.

Hikayat Cala Qisya. Itulah nama kepada buku tulisan Hazwan Faiz, (owner ke founder ke co-founder ke, x berapa sure). Seiring dengan kepopularan Cala Qisya di masa kini, buku ni pun turut dapat tempiasnya. Saya rasa target audience mereka pastilah orang yang baru nak mula bisnes secara kecil-kecilan. Untuk yang baru nak bermula, kita takleh sombong. Apa jua bentuk nasihat dan perkongsian pengalaman, tak rugi untuk kita dengar/baca. 




Buku ini ditulis dengan gaya yang amat rileks dan santai. Bagus juga, dapatlah mengelakkan kita daripada tertidur ketika membaca. Saya akui, saya ada juga ketawa berdekah-dekah dan sikit2 nak share part yg kelakor tu kat husband supaya dia pun gelak jugak. Tapi...husband sy cuma sengih atau angguk je. Mungkin tak cukup kelakar bagi kaum lelaki kot. Kui3.

Banyak pengalaman berharga yang dikongsi bersama dalam buku ni. Kagum saya dengan mereka ni sebab dah berjaya berbisnes dalam usia muda. Saya terfikir, kenapala masa muda-muda macam diorang ni dulu tak terlintas langsung nak berniaga? 

Nama Cala Qisya memang dah tak asing lagi sekarang ni dan dah ala-ala menjadi household names dah. Kejayaan anak-anak Melayu ini memang harus dibanggakan. Semoga mereka terus berjaya dengan menjalankan perniagaan di landasan yang betul, menghasilkan rangkaian fesyen yang besar tidak hanya meliputi pakaian dan tudung untuk golongan muda sahaja (sy notice yang kebanyakan pakaian rekaan mereka lebih sesuai untuk yang muda atau 'perasan muda').

Terus-terang pada mulanya saya merasakan jubah-jubah dan blouse mereka memang menarik tetapi tidak sesuai dipakai oleh sesetengah golongan. Bercakap tentang ini, mujur saya pergi sendiri ke butik instead of shop online seperti kebiasaan. 

Saya ke butik sebenarnya sebab nak tengok dan cuba sendiri kasut Calashoes mereka yg tengah top tu. Saya memang jenis takboleh beli kasut/selipar online. Tak pernah cuba pun. Jadinya lepas try2 kasut dan nak bayar, saya cuba jugakla jubah dan blouse. Mereka hanya mengeluarkan 2 jenis sizing iaitu S/M dan L/XL. Saya agak pelik juga dengan perkara ni. Sebab obviously, badan saya tak sesuai dengan kedua-dua size. Bila pakai S/M, jadi ketat di lengan dan ketiak walaupun bahu ok. Bila try L/XL pula, bahu jatuh sedangkan lengan dan ketiak ok selesa. Saya dapati perkara ni amatlah mengecewakan. Mengapakah mereka tidak menyediakan baju yang sesuai untuk size badan saya?

Yang kedua, saya tak berapa berpuas hati bila saya tanya, berapa measurement untuk bahu baju size S/M ni? Atau L/XL ni? Adik Salesgirl tu kate..."Tak tahula kak..". 

Saya takdela berapa ingat akan measurement yang diorang post kat FB/website/IG. Sebab ini pun pertama kali nak beli kan. Memang tak ingat lah. Saya cuba cari kot2 ade tampal measurement guide kat dinding ke, tapi takde. Atau kot2 adik salesgirl tu nak tolong cari kat hp dia ke, or bukak website time2 tu ke....tp takde. So, agak hampa la di situ. 

Lepas tu, sekarang mereka galak membuat baju daripada material Moss Crepe, which is ok for me. Sebab katenye tak perlu iron dan tak melekat di badan. Tapi hakikatnya, ia melekat di badan ok! Dan agak panas sekiranya dipakai pada hari yang panas. Kalau duduk dalam pejabat berhawa dingin memang tak panas la. Dan yang paling tak puas hati, kenapa design jubah perlu buat yg style drapey effect? Kalau dipakai oleh patung yang berdiri tegak tak kemana-mana, mungkin cantik la.Tapi cuba kalian tengok manusia biasa yang berketinggian 150cm +/-, badan biasa-biasa tak kurus tak gemuk, berjalan dengan ditiup angin dari depan atau dari belakang? Nah..bayangkan. Saya dah pernah tengok situasi ni sebab banyak rakan-rakan office saya yang mengagung-agungkan jubah-jubah ini. Dan pendapat saya? hmmm.....let's just say i dont dare wear it after seeing it...

Ini hanya pendapat peribadi saya. Mungkin yang lain ada pendapat dan pemandangan yang lain daripada saya. Kesimpulannya, saya hanya sukakan rangkaian kasut CalaShoes berbanding jubah dan blouse CalaQisya.


Berbalik kepada review terhadap buku tulisan owner CalaQisya ni.... buku ini bagus, saya suka, sangat berguna, sangat menginsafkan dan sangat menghiburkan. Harapan saya, CalaQisya dapat memperbaiki mana-mana kekurangan dan seterusnya jadi jenama kegemaran paling top di Malaysia.

Rating : 4/5.




Jumaat, 22 Mei 2015

UPDATED - SOLD! Siri Preloved 3 - Lawa-lawa Maxi Skirt in Pastel Pink + Green

Bought at FashionValet for RM75. Willing to sell at RM50. Warna lebih kurang sama dengan gambar di bawah, cuma part warna orange tu sbnrnya warna pastel pink. Baru pakai sekali dan dah basuh.



Beautiful pastel pieces from Lawa-Lawa for any occasions or every day wear!
This skirt has been crafted from chiffon. Details include maxi length, A-line cut, fitted waistband, pastel coloured panels and flared. This skirt is fully lined.
Pair this skirt with any of your favourite top for any occasion!
Model is wearing Free Size
Model is 172 cm tall
Material: Chiffon

Kenapa nak let go? Sebab tak matching dengan baju yang dah ada dan nak dipairkan dengan skirt ni. He he he. Mengade btul alasan.
Serious buyer boleh WhatsApp 0173862400 untuk kita berurusan.